|
Novel ini mengisahkan sebuah piring terbang yang terhempas di daerah Jian, Pahang dan menghasilkan sejenis mikroorganisma asing yang mendatangkan kesan buruk kepada manusia. Pasukan penyelidik kerajaan Malaysia telah dibinasakan oleh mikroorganisma tersebut, menyebabkan program penyelidikan diberhentikan. Kejadian tersebut dirahsiakan oleh kerajaan sehinggalah kedatanga Doktor Razak dan Doktor Lim ke Jian. Doktor Amrin, seorang pegawai perubatan di Hospital Universiti telah meletakkan jawatannya kerana menerima tawaran Doktor Razak. Doktor Amrin dan Doktor Lim telah diupah oleh Amerika Syarikat untuk mendapatkan maklumt tentang mikroorganisma tersebut. Kejadian-kejadian aneh yang berlaku di Kampung Jian telah dirahsiakan oleh Pak Busu, Ketua Kampung Jian. Kedatangan doktor-doktor ke daerah Jian juga menyebabkan timbulnya konflik antara Pak Busu dan Pak Imam. Kejadian-kejadian aneh dan mengerikan, berkaitan virus patogen terus berlaku, sewaktu Doktro Razak dan rakan-rakannya berada di Jian. Untuk mengetahui cerita selanjutnya, bacalah novel yang mengungkapka dunia sains yang penuh misteri ini. Denga gaya cerita yang baik dan pengolahan fakta yang berkesan, novel Jian yang berbentuk fiksyen sains, akan merangsang minda para pembaca tentang dunia sains khususnya penyelidikan perubatan."
|