|
Buku ini membincangkan sejarah perancangan bahasa Melayu di negeri Johor. Kandungan utama buku in memfokuskan usaha perancangan bahasa Melayu, yang dijalankan oleh kerajaan negeri Johor melalui Pakatan Belajar-Mengajar Pengetahuan Bahasa atau Pakatan Bahasa Melayu Persuratan Buku Diraja Johor, dalam pelbagai bidang seperti tatabahasa, sistem ejaan, kosa kata dan istilah, penulisan teknikal, sebutan, penerbitan dan sastera dalam bahasa Melayu. Selain itu, disentuh juga perancangan bahasa yang dilaksanakan oleh jabatan atau agensi kerajaan lain, khususnya Dewan Bahasa dan Pustaka, dan badan-badan bukan kerajaan. Pendekatan huraian buku ini berasaskan displin sejarah yang memaparkan fakta dan maklumat secara kronologis. Oleh itu, buku ini sesuai dibaca dan dijadikan rujukan bukan sahaja oleh ahli akademik, bahkan oleh pelajar institusi pengajian tinggi dan pembaca umum juga. Penerbitan buku ini memperkaya khazanah persuratan tanah air, lebih-lebih lagi atas sifatnya sebagai sumber maklumat yang mengemukakan gagasan baharu dalam historiografi perancangan bahasa Melayu di negara ini."
|