|
Dawama. com sedar akan keperihatinan anda dalam mengetahui bagaimana maklumat
anda digunakan. Oleh yang demikian, notis ini menerangkan tentang polisi
privasi kami. Dengan melawat ke Dawama.com, anda menerima cara guna, sebagaimana
yang tertera pada Notis hal Privasi ini.
POLISI PIVASI
Dawama tidak akan menggunakan / mendedahkan maklumat peribadi anda untuk
apa saja tujuan tanpa persetujuan anda. Maklumat peribadi anda akan digunakan
untuk makluman sebarang pertanyaan, mengendalikan aduan, menyediakan notis
operasi, penyimpanan rekod dan pemberitahuan berkenaan dengan pembelian
anda.
Portal kami juga menjadi penghubung kepada lelaman lain dan portal pihak
ketiga. Capaian anda ke lelaman ini tertakluk kepada amalan polisi privasi
mereka. Walaupun kami menyokong privasi di internet, Dawama tidak bertanggung
jawab atas sebarang tindakan oleh lelaman pihak ketiga. Kami menggalakkan
anda untuk membaca polisi privasi di setiap lelaman yang anda capai, sama
ada yang anda capai melalui portal kami atau portal yang anda capai sendiri.
Institusi kewangan pihak ketiga mengendalikan gerbang pembayaran Dawama.
Institusi ini menerima nombor kad kredit dan maklumat pengenalan diri hanya
untuk menentusahkan pengguna dan proses transaksi. Ini adalah amalan piawai
untuk tujuan keselamatan.
POLISI KESELAMATAN
1. Dawama memastikan perlindungan maklumat
Portal Dawama menggunakan teknologi Soket Penapis Keselamatan\Secure Socket
Layer (SSL) untuk menghalang sesetengah maklumat daripada dipintas dan dibaca
semasa ia dihantar melalui internet. Maklumat peribadi yang diberikan untuk
mewujudkan akaun mahupun melakukan transaksi pembelian dengan pihak kami
adalah selamat melalui penggunaan teknologi tersebut.
2. Keselamatan Kata Laluan
Kami berusaha untuk melindungi maklumat pengguna termasuk mewujudkan pengenalan
pengguna bila membuka akaun dengan kami. Simpan kata laluan anda dan rahsiakannya.
Anda hanya perlu memasukkan pengenalan pengguna dan kata laluan untuk berurusniaga
dengan kami.
|
|
Selamat datang ke Dawama.com! Portal ini mempunyai terma penggunaan
tersendiri. Dengan mencapai sebarang bahagian daripada portal ini
anda dianggap menerima terma penggunaan, polisi dan garis panduan
Dawama.com.
1. Perilaku Dalam Talian (code of conduct)
Pengguna bersetuju untuk menggunakan portal Dawama.com untuk tujuan
bukan menyalahi undang-undang. Pengguna ditegah daripada menghantar
atau menyiarkan sebarang benda yang menyalahi undang-undang, yang
berbentuk berbahaya, mengancam, ejekan, gangguan, fitnah, biadap,
lucah, benda-benda yang berkaitan dengan seks, amalan karut, perkara
yang membangkitkan kebencian, perkauman, atau perkara lain yang
membangkitkan bantahan tidak terhad kepada bahan yang menggalakkan
kelakuan yang menyebabkan kesalahan jenayah, menyusahkan orang awam,
atau mencabul mana-mana undang-undang tempatan, negeri, negara,
atau antarabangsa melalui Dawama.com.
Sekiranya Dawama mengenalpasti sebarang bahan yang didakwa melanggar
perkara di atas, ia akan disiasat dan ditentukan dengan budi bicara
sama ada untuk membuang bahan tersebut, mengarahkan pengguna terbabit
membuangnya dari portal Dawama.com. ataupun mengambil tindakan undang-undang.
Dawama boleh menyiarkan kandungan atau sebarang bentuk komunikasi
elektronik (a) untuk memenuhi keperluan atau kehendak undang-undang,
peraturan, atau arahan kerajaan (b) Jika diperlukan untuk operasi
Dawama.com; atau (c) bagi melindungi hak atau harta dan kakitangan,
pengarah, agen, penyedia kandungan pihak ketiga, peniaga, penaja,
pelesen atau pengguna lain.
II.
KANDUNGAN
Anda diingatkan bahawa kandungan di dalam lelaman ini adalah tertakluk
di bawah akta hak cipta terpelihara. Justeru ia tidak boleh dipetik,
disalin, diedarkan dalam segala cara melainkan dengan kebenaran
bertulis dari Dawama. Dawama tidak pernah membenarkan penggunaan
mana-mana bahan dalam lelaman yang melanggar hak pihak ketiga atau
mana-mana syarikat yang berkerjasama dengan dawama.
Imej yang terdapat dalam lelaman ini tidak boleh dijadikan harta
atau digunakan tanpa kebenaran Dawama. Penggunaan imej ini adalah
ditegah melainkan jika mendapat kebenaran. Sebarang penggunaan imej
tanpa kebenaran akan mencabuli undang-undang, undang hak cipta,
undang-undang tanda dagang, undang-undang privasi dan publisiti,
dan peraturan komunikasi serta undang-undang statut.
PENAMATAN
PERKHIDMATAN
Dawama boleh menggantung atau menamatkan keahlian dan kata laluan
anda ke Dawama.com -atas budi bicara tanpa sebarang notis. Penggangtungan
dan penamatan akan dikuatkuasakan apabila Dawama percaya bahawa
anda telah melanggar dan bertindak tidak selaras dengan Syarat ini
termasuk mencabul berkait dengan undang-undang atau mendatang keburukan
terhadap kepentingan ke atas penyedia kandungan atau pengguna lain.
AKAUN,
KATA LALUAN DAN KESELAMATAN
Anda adalah bertanggungjawab untuk memastikan kata laluan dan akaun
Dawama.com anda adalah sulit pada setiap masa, dan bertanggungjawab
sepenuhnya untuk semua aktiviti akaun anda.
PENAFIAN
Anda sepenuhnya memahami Dan bersetuju bahawa Dawama Sdn Bhd tidak terlepas melakukan kesilapan dalam portal ini. Penggunaan anda ke atas Perkhidmatan adalah sepenuhnya di bawah tanggungan Dan risiko sendiri. Perkhidmatan disediakan asasnya secara "SEKADAR YANG ADA" ("AS IS") Dan "SEKADAR YANG DAPAT" ("AS AVAILABLE"). Dawama.Com sepenuh-penuhnya Dan sejelas-jelasnya menafikan semua jaminan dalam apa jua bentuk, sama Ada yang dinyatakan atau dilaksanakan. Dawama.Com tidak memberi jaminan bahawa
(I) Portal Dawama tidak terganggu Dan bebas daripada kesalahan;
(ii)kesahihan Dan ketepatan isikandung, maklumat, perkidmatan atau lain-lain material yang disediakan
(iii)Tiada polisi pengembalian Wang jika ketiadaan stok (perlu menukarkannya dengan buku atau item lain yang setara harganya)
(iv) Portal Dawama.Com, perkhidmatan atau E-mel yang dihantar daripadanya atau yang mewakilinya bebas daripada virus Dan komponen yang merosakkan.
Anda juga dingatkan bahawa Dawama.Com tidak terlepas daripada tersilap disebabkan kelemahan portal oleh itu anda dingatkan sebarang material yang dipindah terima atau diperolehi dengan lain-lain cara menerusi penggunaan perkhidmatan yang disediakan adalah dilakukan dengan kehendak diri anda sendiri sepenuhnya Dan bahawa anda akan sepenuhnya bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan terhadap sistem komputer, kehilangan data akibat daripada pindah terima sebarang material berkenaan sama Ada disebabkan oleh bencana alam, kegagalan komunikasi, pencurian, Dan ketidakupayaan untuk mencapai rekod, atur cara computer atau perkhidmatan Dawama.Com.
|